Kasih Ibu Teman Perjalanan
Bismillahirrahmaanirrahiim.
“Salamullahi’alaik Ma. Orang ada test *** minggu depan. Orang nak minta maaf atas segala kesalahan yang pernah orang buat. Tolong doakan orang dapat jawab semua test dengan tenang ya. Jaga diri dan kesihatan…”
Mesej pesanan ringkas dihantar. Dan balasan selepas itu penuh dengan doa dari seorang Ibu. Tidak cukup dengan itu. Pada awal pagi setiap hari, pasti telefon bimbit berbunyi; panggilan dari Ma. Juga penuh dengan nasihat dan doa. Saya kadang-kadang, apabila mendengar suara insan istimewa di sisi ALLAh itu, mata jadi berkaca-kaca dek setiap butir bicaranya yang mulia.
Dan sejujurnya, ketenangan meresap dalam jiwa setiap kali mendengar suaranya.
Saya tahu, pasti anda sayangkan ibu anda juga. Pasti ibu dan ayah anda tidak pernah tidak terselit dalam doa tulus anda setiap kali usai solat. Pasti anda berharap besar, andalah anak yang paling berbakti terhadap kedua orang tua anda, kan? Saya juga berkeinginan yang sama. Dan moga kita semua berkesempatan untuk itu.
Redha Ibu Bekal Perjalanan
Saya menulis tentang Ibu. Tidak berertia saya lupa pada insan yang bergelar Ayah.
Sayang kedua-duanya. *senyumcomel*
Sayang kedua-duanya. *senyumcomel*
Saya teringat hadis Nabi dimana ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW :
“Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Selepas itu, siapa lagi?” Lalu Nabi menjawab, “Ibumu.” Dan orang itu bertanya lagi, “Selepas itu siapa, ya Rasulullah?” Maka Nabi menjawab lagi, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Dan selepas itu, siapa ya Rasulullah?” Maka Nabi SAW menjawab, “Ayahmu.” – HR. Bukhari dan Muslim
Insan yang bergelar Ibu adalah lebih mulia dan tinggi darjatnya disisi ALLAh Ta’ala. Kenapa? Fikiran sahaja penderitaan yang terpaksa seorang ibu tanggung sebelum kelahiran anak yang berada di dalam perutnya. Tidak mudah. Maka sebab itu, ALLAh dan Nabi SAW memerintahkan supaya seorang anak banyak berbakti kepada ibunya.
Saya percaya ini. Apabila seorang ibu redha terhadap anaknya, maka ALLAh Ta’ala juga redha kepadanya. Dan apabila seorang ibu tersinggung dek anaknya, pasti ALLAh juga akan turut ‘terasa’ dengan dirinya.
Percaya tidak?
Sila kaji hamparan sejarah dunia sejak beribu-ribu tahun yang lalu mengenai kisah seorang Ibu yang tidak redha pada anaknya. Maka ALLAh Ta’ala turut beserta dengan ketidak redhaan seorang ibu terhadap anak yang pernah ditatang bagai minyak penuh.
Pernah, Ibu Sukar Untuk Difahami
Suatu waktu dulu, kita mesti pernah merungut kerana ibu sering memberi nasihat. Atau dalam erti kata lain, ibu sering membebel tentang itu ini. Hehe. Sehingga kita merasa bahawa kita terkongkong, buat itu tidak boleh, buat ini tidak boleh. Tekanan, kan.
Memang. Adakalanya ibu sukar difahami. Tapi bila diselak kembali lembaran perjalanan hidup, nasihat yang anak anggap bebelan itulah yang berharga. Apatah lagi apabila berjauhan dari dirinya. Saat ini, barulah seorang anak sedar, bahawa bebelan ibu itu sangat bernilai dan memang betul untuk kebaikan diri.
Seorang Ibu, sepanjang hidupnya, perhatian dan kasih sayang kepada anaknya tidak pernah luntur dek panasnya mentari, tidak membeku dek dinginnnya salju, tidak pernah lenyap dek kelamnya malam tanpa berbintang, dan tidak pernah pula kering pada kesusahan waktu kemarau. Malah takkan beliau makin bertambah sayang.
Dan seperkara lagi yang saya sangat pasti. Dihati kecil ibu itu, pasti dirinya selalu berdoa, doa kebaikan untuk anak-anaknya. Pasti setiap kali dirinya merindui anaknya yang jauh dari pandangan mata, maka dirinya akan memohon keselamatan untuk si anak itu. Pasti setiap kali memasak dan menjamah masakan yang sedap-sedap, tidak pernah tidak dirinya teringatkan anak-anaknya yang jauh; Ya Allah, apakah anak-anak aku sudah makan? Sihatkah mereka?
Subhanallah. Serius mata saya berkaca ketika ini.
Orang yang pernah kita tidak faham kenapa asyik membebel itulah yang doanya selalu menyertai langkah-langkah anak sepanjang hidupnya; sejak dia lahir hingga ke akhir hayatnya. Dan, saya pasti saya tidak berlebihan jika saya mengatakan bahawa, sesungguhnya doa ibu untuk anaknya adalah pembuka pintu syurga dan pemudah langkah perjalanan dalam hidupnya.
Teringat Keresahan Seorang Ibu
Pernah saya sakit. Badan jadi lemah dengan drastik. Selepas mendapat rawatan, kelihatan wajah Ma masih sedih bercampur risau melihat diri saya yang terlantar kurang bermaya itu. Dan apabila saya minta apa sahaja yang terdetik dibenak tekak untuk dimakan, Ma dan Abah segera mendapatkannya. Ma sungguh-sungguh menjaga saya. Dan masih saya ingat, disaat saya kesakitan dek rawatan yang diberikan, Ma menyembunyikan airmatanya. Mungkin tidak mahu saya bersedih.
Sungguh. Saat itu saya menangis. Saya sudah menyusahkan beliau.
Anda pasti mengaku, apabila anda jatuh sakit, bimbangnya ibu apabila tahu.
Anda pasti mengaku, apabila anda jatuh sakit, bimbangnya ibu apabila tahu.
Mungkin, dalam menjalani hidup, seorang Ibu pernah tersilap dan terkasar bahasa dengan kita. Dan mungkin kita pernah berkecil hati mendengar kata-kata seorang Ibu yang kita rasakan tidak memahami. Tetapi, jika dibandingkan diri kita dengan diri seorang ibu, apalah sangat untuk kita berasa hati.
Ibu juga seorang manusia biasa.
ALLAh Ta’ala pernah berfirman, “”Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun dan Dia memberikan kepadamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur.”
- Surah an-Nahl : 78
Fikirkan dari saat anda keluar dari rahim Ibu anda. Sehingga anda boleh wujud seperti sekarang dan membaca entri ini. Tidakkah anda merasa rindu kepada beliau?
Tidakkah anda dapat membayangkan wajah beliau sekarang dengan penuh kasih?
Tidakkah anda terasa ingin memeluk beliau dengan dakapan yang erat?
Tidakkan anda pernah terlihat mahu mengungkapkan bahawa anda sayangkan beliau?
Tidakkah anda terasa ingin memeluk beliau dengan dakapan yang erat?
Tidakkan anda pernah terlihat mahu mengungkapkan bahawa anda sayangkan beliau?
Saya rindukan beliau.
Sangat.
Sangat.
Semoga ALLAh merahmati.
Petikan dari Cintailahi.com
mahu lebih lanjut lagi di www.cintailahi.com
No comments:
Post a Comment