Tuesday 24 January 2012

Cabaran dalam kehidupan diri seseorang

Kehidupan bermaksud sesuatu yang kita melakukan setiap masa....Kehidupan juga memberi kita sesuatu cabaran dalam hidup yang baru...Dalam kehidupan pelbagai cabaran yang datang..maka cintailah kehidupan anda dan terimalah setiap dugaan yang datang....bedoalah insyaallah allah sentiasa membantu kita....diri kita sentiasa dibelenggu pelbagai masalah seperti saya juga tetapi sya tidak pernah putus asa jadi berdoalah setiasa bersama allah s.w.t....jika ingin tahu lebih lanjut lihatlah petikan yang saya post iaitu:Manusia mudah lupa tentang kehidupan dan allah s.w.t....

Tazkirah Untuk Anak2

Kasih Ibu Teman Perjalanan

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Doa dan Kasih Ibu sentiasa menjadi penguat dan bekal perjalanan =)
“Salamullahi’alaik Ma. Orang ada test *** minggu depan. Orang nak minta maaf atas segala kesalahan yang pernah orang buat. Tolong doakan orang dapat jawab semua test dengan tenang ya. Jaga diri dan kesihatan…”
Mesej pesanan ringkas dihantar. Dan balasan selepas itu penuh dengan doa dari seorang Ibu. Tidak cukup dengan itu. Pada awal pagi setiap hari, pasti telefon bimbit berbunyi; panggilan dari Ma. Juga penuh dengan nasihat dan doa. Saya kadang-kadang, apabila mendengar suara insan istimewa di sisi ALLAh itu, mata jadi berkaca-kaca dek setiap butir bicaranya yang mulia.
Dan sejujurnya, ketenangan meresap dalam jiwa setiap kali mendengar suaranya.
Saya tahu, pasti anda sayangkan ibu anda juga. Pasti ibu dan ayah anda tidak pernah tidak terselit dalam doa tulus anda setiap kali usai solat. Pasti anda berharap besar, andalah anak yang paling berbakti terhadap kedua orang tua anda, kan? Saya juga berkeinginan yang sama. Dan moga kita semua berkesempatan untuk itu.
Redha Ibu Bekal Perjalanan
Saya menulis tentang Ibu. Tidak berertia saya lupa pada insan yang bergelar Ayah.
Sayang kedua-duanya. *senyumcomel*
Saya teringat hadis Nabi dimana ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW :
“Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Selepas itu, siapa lagi?” Lalu Nabi menjawab, “Ibumu.” Dan orang itu bertanya lagi, “Selepas itu siapa, ya Rasulullah?” Maka Nabi menjawab lagi, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Dan selepas itu, siapa ya Rasulullah?” Maka Nabi SAW menjawab, “Ayahmu.” – HR. Bukhari dan Muslim
Insan yang bergelar Ibu adalah lebih mulia dan tinggi darjatnya disisi ALLAh Ta’ala. Kenapa? Fikiran sahaja penderitaan yang terpaksa seorang ibu tanggung sebelum kelahiran anak yang berada di dalam perutnya. Tidak mudah. Maka sebab itu, ALLAh dan Nabi SAW memerintahkan supaya seorang anak banyak berbakti kepada ibunya.
Saya percaya ini. Apabila seorang ibu redha terhadap anaknya, maka ALLAh Ta’ala juga redha kepadanya. Dan apabila seorang ibu tersinggung dek anaknya, pasti ALLAh juga akan turut ‘terasa’ dengan dirinya.
Percaya tidak?
Sila kaji hamparan sejarah dunia sejak beribu-ribu tahun yang lalu mengenai kisah seorang Ibu yang tidak redha pada anaknya. Maka ALLAh Ta’ala turut beserta dengan ketidak redhaan seorang ibu terhadap anak yang pernah ditatang bagai minyak penuh.
Pernah, Ibu Sukar Untuk Difahami
Suatu waktu dulu, kita mesti pernah merungut kerana ibu sering memberi nasihat. Atau dalam erti kata lain, ibu sering membebel tentang itu ini. Hehe. Sehingga kita merasa bahawa kita terkongkong, buat itu tidak boleh, buat ini tidak boleh. Tekanan, kan.
Memang. Adakalanya ibu sukar difahami. Tapi bila diselak kembali lembaran perjalanan hidup, nasihat yang anak anggap bebelan itulah yang berharga. Apatah lagi apabila berjauhan dari dirinya. Saat ini, barulah seorang anak sedar, bahawa bebelan ibu itu sangat bernilai dan memang betul untuk kebaikan diri.
Seorang Ibu, sepanjang hidupnya, perhatian dan kasih sayang kepada anaknya tidak pernah luntur dek panasnya mentari, tidak membeku dek dinginnnya salju, tidak pernah lenyap dek kelamnya malam tanpa berbintang, dan tidak pernah pula kering pada kesusahan waktu kemarau. Malah takkan beliau makin bertambah sayang.
Dan seperkara lagi yang saya sangat pasti. Dihati kecil ibu itu, pasti dirinya selalu berdoa, doa kebaikan untuk anak-anaknya. Pasti setiap kali dirinya merindui anaknya yang jauh dari pandangan mata, maka dirinya akan memohon keselamatan untuk si anak itu. Pasti setiap kali memasak dan menjamah masakan yang sedap-sedap, tidak pernah tidak dirinya teringatkan anak-anaknya yang jauh; Ya Allah, apakah anak-anak aku sudah makan? Sihatkah mereka?
Subhanallah. Serius mata saya berkaca ketika ini.
Orang yang pernah kita tidak faham kenapa asyik membebel itulah yang doanya selalu menyertai langkah-langkah anak sepanjang hidupnya; sejak dia lahir hingga ke akhir hayatnya. Dan, saya pasti saya tidak berlebihan jika saya mengatakan bahawa, sesungguhnya doa ibu untuk anaknya adalah pembuka pintu syurga dan pemudah langkah perjalanan dalam hidupnya.
Teringat Keresahan Seorang Ibu
Pernah saya sakit. Badan jadi lemah dengan drastik. Selepas mendapat rawatan, kelihatan wajah Ma masih sedih bercampur risau melihat diri saya yang terlantar kurang bermaya itu. Dan apabila saya minta apa sahaja yang terdetik dibenak tekak untuk dimakan, Ma dan Abah segera mendapatkannya. Ma sungguh-sungguh menjaga saya. Dan masih saya ingat, disaat saya kesakitan dek rawatan yang diberikan, Ma menyembunyikan airmatanya. Mungkin tidak mahu saya bersedih.
Sungguh. Saat itu saya menangis. Saya sudah menyusahkan beliau.
Anda pasti mengaku, apabila anda jatuh sakit, bimbangnya ibu apabila tahu.
Mungkin, dalam menjalani hidup, seorang Ibu pernah tersilap dan terkasar bahasa dengan kita. Dan mungkin kita pernah berkecil hati mendengar kata-kata seorang Ibu yang kita rasakan tidak memahami. Tetapi, jika dibandingkan diri kita dengan diri seorang ibu, apalah sangat untuk kita berasa hati.
Ibu juga seorang manusia biasa.
ALLAh Ta’ala pernah berfirman, “”Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun dan Dia memberikan kepadamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur.”
- Surah an-Nahl : 78
Fikirkan dari saat anda keluar dari rahim Ibu anda. Sehingga anda boleh wujud seperti sekarang dan membaca entri ini. Tidakkah anda merasa rindu kepada beliau?
Tidakkah anda dapat membayangkan wajah beliau sekarang dengan penuh kasih?
Tidakkah anda terasa ingin memeluk beliau dengan dakapan yang erat?
Tidakkan anda pernah terlihat mahu mengungkapkan bahawa anda sayangkan beliau?
Saya rindukan beliau.
Sangat.
Semoga ALLAh merahmati.
Petikan dari Cintailahi.com
mahu lebih lanjut lagi di www.cintailahi.com

Tazkirah

Manusia Mudah dan Selalu Lupa

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Manusia mudah lupa pada nikmat kurniaan Tuhannya.
Manusia mudah lupa.
Hidup ini, ALLAh sengaja datangkan ujian. Bukan untuk mendera atau mempermainkan, tetapi untuk menguji sejauh mana ALLAh SWT dalam kehidupan hamba-hambaNya. Adakah hamba yang sedang diuji seorang yang bersyukur dikala senang dan kesusahan? Ataukah seseorang itu hanya menjadi ‘hamba’ kepada Tuhan ketika ditimpa musibah?
Manusia, adakalanya hanya mengingati ALLAh tatkala dirundung masalah. Tetapi melupakan ALLAh ketika berada didalam kesenangan. Padahal, kalau ALLAh mahu, dalam sesaat aja ALLAh boleh binasakan hamba-Nya. Hakikatnya, manusia memang mudah lupa dan sangat jarang bersyukur!
Malu deh!
Hanya Menjadi Hamba Ketika Susah
Agaknya manusia boleh bersoal jawab dengan diri sendiri, adakah ketika didalam kelapangan, kesenangan ALLAh itu sentiasa ada dalam hati? Atau hanya ketika didalam kesusahan sahaja? Tahu tak, hakikatnya, ramai dikalangan manusia, yakni kita banyak melupakan ALLAh ketika senang dan lapang.
Eh. Janganlah marah. Bukan saya saja buat-buat. Tapi ALLAh SWT sendiri yang mengatakannya dalam al-Quran. Tabarakallah! ALLAh Maha Tahu..
“Dan apabila manusia ditimpa bahaya (kesusahan), dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.” – Yunus : 12
Aduh. Tidakkah anda merasa terpukul dengan ayat ini? Sejujurnya, saya terasa.
Mengaku atau tidak, beginilah sifat manusia! Malah ALLAh SWT menceritakan sifat-sifat sedemikian manusia didalam kitab-Nya.
Apabila berada dalam kesusahan, kegelisahan, kita sentiasa mengingati ALLAh SWT. Dalam keadaan duduk, berjalan, baring, dan kalau boleh, tidak boleh tidur kerana sangat berharap ALLAh akan membantu menyelesaikan masalahnya, sehingga menangis-nangis dan bengkak segala biji mata. Tetapi, apabila ALLAh telah meringankan kesusahannya, manusia itu terus melupakan ALLAh.
Terus lupa pada ALLAh SWT!
Tiada lagi dzikrullah dalam keadaan berdiri, berjalan, baring. Dan lagaknya seperti seseorang yang tidak pernah berdoa menadah tangan dalam keadaan tersedu sedan dihadapan-Nya. Senang cakap, terus berpaling dari ALLAh SWT. Rabbi. . . Inilah sifat manusia. Kikir, kufur nikmat!
Baik. Mari kita bayangkan macam ni.. Katalah ada seseorang yang sungguh-sungguh minta pertolongan dari anda. Orang tu datang berjumpa dengan anda dalam keadaan tersedu sedan, lalu anda merasa kasihan dan menolongnya untuk mencari jalan penyelsaian kepada masalah orang tu. Anda berikan duit dan benda-benda berharga. Tetapi apabila orang yang anda tolong itu sudah senang, lalu memandang anda pun dia tidak ingin. Malah berlagak seperti tidak mengenali anda dan memperlekehkan pertolongan anda. Maka, masa tu, apa perasaan anda?
Marah? Kecil hati? Kecewa?
Tabarakallah~
Maka, mari memperhatikan diri sendiri. Apakah ciri-ciri yang ALLAh sebutkan seperti dalam ayat di atas ada pada diri kita? Yang dimana ketika dalam kesedihan, sangat banyak ibadat dan amalan yang dilakukan. Tetapi apabila senang, maka semua amalan 100% ditinggalkan. Wal iyya dzubillah!
Semoga ALLAh SWT mengampuni kita semua.
Berusaha Istiqomah Ketika Susah dan Senang
Benar. Memang begitulah sifat manusia. Namun anda harus jangan redha dengan sifat-sifat itu. Perlu ada sifat mujahadah untuk melawan sifat-sifat yang ALLAh telah sebutkan; melupakan ALLAh ketika senang.
Muslim sejati, tidak hanya mengingati ALLAh ketika susah. Malahan, sangat taqarrub dengan ALLAh ketika senang melebihi ketika susah. Memang tidak mudah. Kerana semuanya melalu frasa dalam mendidik diri sendiri. Dan cuba melawan nafsu dan hasutan syaitan.
Janganlah menjadi hamba kepada kesenangan.
Jangan bertuhankan kesenangan di dunia!
Anda tahu siapa diri anda. Maka, kita boleh tanya diri masing-masing. Anda tahu anda bagaimana. Anda tahu hubungan anda dengan ALLAh bagaimana. Anda tahu amalan anda seperti apa. Dan anda tahu anda seorang hamba yang macam mana.
Saya cuba menyeru dan berusaha melatih diri sendiri agar sentiasa mengingati ALLAh SWT semaksimum yang boleh. Kalau boleh, biarlah kaki anda melangkah ke mana, tetapi sentiasa dzikrullah.
Kita ini lemah. Maka dalam proses berusaha mendidik diri, mohonlah doa kepada ALLAh.
“Ya ALLAh, Engkaulah Tuhanku, Engkau yang memelihara aku, Engkau yang menjagaku. Tidak ada Tuhan yang berkuasa kecuali Engkau. Engkau yang menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu, dan aku berikrar di hadapan-Mu, bahawa aku tetap dengan janji dan tetap dengan ikrarku kepada-Mu. Engkaulah yang memberikan nikmat-Mu kepadaku sepenuhnya, namun aku mengaku membalas membalas nikmat ini dengan berbuat dosa. Wahai Tuhanku, ampunilah aku kerana hanya Engkau sahaja yang layak mengampuniku.”
Doa Sayyidul Istighfar yang diajarkan dan diamalkan oleh Nabi SAW.
Mengakulah akan kelemahan anda dihadapan ALLAh SWT. Rendahkanlah hati mengakui kebesaran dan memohon keampunan dan kekuatan dari-Nya.
Sahabat, kita ini hamba. Kita tidak punya apa-apa melainkan apa yang ALLAh berikan kepada kita. Maka, tiada guna lupa diri di dunia. Tiada guna bangga diri dengan apa yang dimiliki. Betul. Semua itu akan menjadi sia-sia di akhirat sana.
Saya sedang mendidik diri. Anda juga? MashaALLAh, jom sama-sama!
Semoga ALLAh merahmati.
Petikan dari cintailah.com

Today

Hello my friends...saya qaseh eiqa sya baru lagi dlm blog ini ....Siapa yang hendak follow saya type follow ok...qaseh eiqa sentiasa terima....qaseh eiqa ingin berkawan dengan anda semua...

Monday 23 January 2012

Today

Hello my friend....saya qaseh eiqa...say akan ceritakan kisah saya pelbagai suka dan duka dalam blog saya ni...ok itu je....